Di dunia ini terlalu ramai manusia . Semua manusia mempunyai pelbagai perbezaan .Perbezaan dari segi pemakaian . Ada yang menutup aurat dan ada juga yang terdedah segala yang tak patut didedahkan .*faham faham je lha ye . Dari segi warna kulit. Ada yang putih , coklat , hitam , kuning langsat , kemerah merahan dan sebangainya.Bentuk badan juga ada yang kecik dan ada juga yang terlebih besar . Begitu juga dengan perangai . Hmm, banyak orang banyak ragam .
Biar kita mempunyai 1001 perangai asal janganlah kita sesekali melakukan
segala yang melanggar batasan . Hidup hanya sekali, jadilah yang terbaik antara yang
terbaik semasa kita masih hidup . Tiada gunanya jika ....
kita di hormati
tetapi tidak pandai mengahormati orang lain
bermakan dengan lahap la si yang di hormati tadi, tiba tiba si tua tertumpah kan air sirap campur barli kat peha si yang di hormati tu. lantas "wehh si tua kerepot! ko nak kena lepuk ke ha!?"
kita menasihati
tetapi sebenarnya kitalah yang perlu dinasihati
Leha: ko ni Aminah Binti Sidek, ko tak ingat tuhan ke? asal la ko suka cakap macam guna speaker sekolah? aurat tu!
Aminah : suara kuat aku ko kate aurat, ko g dating dengan kassim pakai baju nampak pusat ok pulak.
kita menyayangi seseorang sepenuh jiwa raga
tetapi kita tidak menyayangi apa yang sepatut di sayangi
Karim: owhh sayang ku Jenab! aku sanggup terjun mencari ko dalam lava gunung berapi , merentas patbelas lautan, demi cari ko Jenab!
Jenab: abang Karim, jom g solat dulu jom
Karim: haishh.. potong setim betoi! waktu ni la nak solat! waktu lambat lagi nak habeh!
Jenab: abang Karim, jom g solat dulu jom
Karim: haishh.. potong setim betoi! waktu ni la nak solat! waktu lambat lagi nak habeh!
kita berjimat
tetapi kita berjimat dengan kepentingan yang membazir
Murad: Leman, jom tolong munah. kita beli kerepek keladi kat dia. kesiannn dia. miskinnn T_T
Leman : uishhh! ko ni bazir je Murad Bin Tapa! aku kena berjimat! aku nak g konsert Rahannu la!
kita selalu ingat sesuatu benda
tetapi kita lupa apa yang penting
hari Rabu
Derus: aku kena pangkah seksiap kat kelender aku ni! hari jumaat ni, aku ada dating dengan Jeton
Hari Kamis
Derus: okay, esok aku ada dating dengan jeton!
Hari Jumaat
Derus: yesss! aku nak g dating dengan Jeton!
Harun: wehh.. hari ni Jumaat, ko tak g semayang jumaat ke?
Derus: homaigoddd! aku lupa laa! aku dah janji dengan Jeton ni!! Dosa mungkir janji woi…!
Derus: homaigoddd! aku lupa laa! aku dah janji dengan Jeton ni!! Dosa mungkir janji woi…!
kita selalu mengingatkan orang,
tapi apa yang kita ingatkan itu kita lakukan.
Situasi 1
Kiah : Kau tahu tak , tadikan aku nampak joyah naik basikal buruk . Eeeuuuwww , low classkan?
Minah : Yeke ? Low class siodddd ..
kasidah : Ehh , korang tak baik mengumpat orang . Tak tahu dosa ke ? Ingatlah Allah banyak bannyak kiah oiii .
Situasi 2
Kasidah : Weh , tadikan aku tego si kiah . Mase tu dia ngah ngumpat si joyah . Tak tahu dosa ke hape dia tu ? Masa aku tego dia kan , pehh bau badan dia pulak naik .Aku pon pandang lha bawah , aku nmapak stokin dia punyelah koto . Mesti hapak kan ? haha .
Mona : Nasib baik aku tak bau . Kalau tak hilang bau perfume aku yang wangi ni .
Segala yang tertulis tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia .*ececeh .. ada bakat ada bakat .